Wednesday, February 17, 2010

Perasmian Jeti Pantai Siring

Banner mengalu-alukan kedatangan PM dan Isteri 4 Februari 2010, merupakan tarikh yang bermakna buat kami. Walaupun agak lewat ia di uploadkan, namum, ia tetap jadi ingatan. Pada detik itu, sempena lawatan kerja YAB Datuk Seri Utama Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia dan Isteri YABhg Datin Seri Utama Rosmah Binti Mansor ke Melaka Bandaraya Bersejarah diadakan acara Perasmian Jeti Nelayan Pantai Siring tersebut. Acara ini begitu beerti kerana ia dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri. Majlis yang berlangsung pada 3.30ptg itu berjalan dengan jayanya dan sungguh meriah. Secara langsung projek pembangunan jeti ini selaras dan seiring dengan misi dan visi 1 Malaysia, 'Pencapaian Diutamakan, Rakyat Didahulukan'. Penggunaan produk ini dalam pembinaaan jeti tersebut menunjukkan arus perubahan dan perkembangan teknologi dalam industri pembinaan di negara ini. Para nelayan juga menikmati akan kemudahan jeti yang lebih selesa dalam melaksanakan tugas harian mereka sekaligus meransang pertambahan pendapatan dan peningkatan ekonomi. Antara foto-foto kenangan semasa majlis perasmian. Untuk ditandatanganni oleh YAB PM bagi acara perasmian Sudut Pameran Deligasi dari syarikat Suasana Hadirin Foto Ketibaan YAB PM